BERSALAMAN
SELEPAS SEMBAHYANG
boleh atau tidak?
bersalaman selepas solat itu merupakan satu perkara yang
menepati syariat dan menambah rasa kasih sayang diantara orang islam serta
menautkan perasaan kekeluargaan diantara mereka. Diantara dalil yang
menunjukkan perbuat tersebut ialah :-
HADIS 1 riwayat bukhari
Dari saidina yazid bin aswad r.a bahawa kami solat subuh
bersama rasulullah kemudian orang ramai berpusu-pusu menyambut tangan
rasulullah dan mengusapkan tangan rasulullah ke wajah mereka.
Ø
Huraian :
mengusap tangan rasulullah ke wajah. Ini dengan makna bersalam dengan mengucup
tangan baginda. Pesan imam ibnu hajar “jangan sampai anak-anak bersalaman
dengan menandukkan dahi ditangan, kerana perbuatan itu merupakan sujud yang
kecil (seolah-olah sujud ditangan) dan ulama’ menyatakan perbuatan tersebut
adalah haram. Jadi pastikan anak-anak agar mereka mengucup dihidung ataupun
mulut.
Maka aku juga turut menyambut tangan baginda rasulullah
dan mengusapkan kewajahku, maka aku dapati tangan baginda lebih sejuk daripada
salji dan lebih harum daripada haruman kasturi.
Ø Huraian : tangan baginda sejuk dan harum. Ini merupakan
satu mukjizat yang dikurniakan oleh allah kepada kekasihnya rasulullah. Malah ada
yang meriwayatkan tangan baginda lebih lembut dari sutera.
HADIS 2 riwayat bukhari
Dari abi juhaifah r.a telah berkata. Kemudian rasulullah
melakukan solat zohor 2 rakaat dan solat asar 2 rakaat, dan dihadapan rasulullah
itu terdapat tongkat dari pohon kurma.
Ø Huraian 1: solat zohor 2 rakaat dan asar 2 rakaat,
baginda rasulullah s.a.w melakukan solat jama’ dengan menghimpunkan 2 waktu
solat didalam satu waktu solat. Jika dilakukan pada waktu zohor, maka mulakan
waktu zohor diikuti waktu asar dengan niat jama’ taqdim. Jika dilakukan dalam
waktu asar dengan niat jama’ takkhir.
Ø
Huraian 2:
tongkat dihadapan rasulullah. Tongkat tersebut rasulullah gunakan sebagai ‘sidrah’
ataupun penghadang sebagai batasan laluan. Beberapa ‘sidrah ‘ yang digariskan
sebagai panduan. 1) dihadapan dinding. 2) tiang. 3) tongkat. 4) garisan.
Dibelakangnya ada kumpulan wanita, maka sesudah solat
orang ramai bangun masing-masing menyambut tangan rasulullah dan mengusapkan ke
wajah mereka. Maka kata abi juhaifah: aku pun turut sama melakukan demikian. Maka
aku dapati tangan rasulullah lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari
kasturi.