Tuesday, September 18, 2012

salam selepas solat



BERSALAMAN SELEPAS SEMBAHYANG 

boleh atau tidak?

bersalaman selepas solat itu merupakan satu perkara yang menepati syariat dan menambah rasa kasih sayang diantara orang islam serta menautkan perasaan kekeluargaan diantara mereka. Diantara dalil yang menunjukkan perbuat tersebut ialah :-

HADIS 1 riwayat bukhari

Dari saidina yazid bin aswad r.a bahawa kami solat subuh bersama rasulullah kemudian orang ramai berpusu-pusu menyambut tangan rasulullah dan mengusapkan tangan rasulullah ke wajah mereka.

Ø  Huraian : mengusap tangan rasulullah ke wajah. Ini dengan makna bersalam dengan mengucup tangan baginda. Pesan imam ibnu hajar “jangan sampai anak-anak bersalaman dengan menandukkan dahi ditangan, kerana perbuatan itu merupakan sujud yang kecil (seolah-olah sujud ditangan) dan ulama’ menyatakan perbuatan tersebut adalah haram. Jadi pastikan anak-anak agar mereka mengucup dihidung ataupun mulut.

Maka aku juga turut menyambut tangan baginda rasulullah dan mengusapkan kewajahku, maka aku dapati tangan baginda lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada haruman kasturi.

Ø  Huraian : tangan baginda sejuk dan harum. Ini merupakan satu mukjizat yang dikurniakan oleh allah kepada kekasihnya rasulullah. Malah ada yang meriwayatkan tangan baginda lebih lembut dari sutera.

HADIS 2 riwayat bukhari

Dari abi juhaifah r.a telah berkata. Kemudian rasulullah melakukan solat zohor 2 rakaat dan solat asar 2 rakaat, dan dihadapan rasulullah itu terdapat tongkat dari pohon kurma.

Ø  Huraian 1: solat zohor 2 rakaat dan asar 2 rakaat, baginda rasulullah s.a.w melakukan solat jama’ dengan menghimpunkan 2 waktu solat didalam satu waktu solat. Jika dilakukan pada waktu zohor, maka mulakan waktu zohor diikuti waktu asar dengan niat jama’ taqdim. Jika dilakukan dalam waktu asar dengan niat jama’ takkhir.

Ø  Huraian 2: tongkat dihadapan rasulullah. Tongkat tersebut rasulullah gunakan sebagai ‘sidrah’ ataupun penghadang sebagai batasan laluan. Beberapa ‘sidrah ‘ yang digariskan sebagai panduan. 1) dihadapan dinding. 2) tiang. 3) tongkat. 4) garisan.

Dibelakangnya ada kumpulan wanita, maka sesudah solat orang ramai bangun masing-masing menyambut tangan rasulullah dan mengusapkan ke wajah mereka. Maka kata abi juhaifah: aku pun turut sama melakukan demikian. Maka aku dapati tangan rasulullah lebih sejuk dari salji dan lebih harum dari kasturi.

No comments: